PELANCARAN NILAM 2012

PELANCARAN NILAM 2012
Perasmian oleh Guru Besar SKRCK

Pada Tahun ini, sekali lagi SK Ramuan China Kechil melaksanakan Pelancaran NILAM. Majlis dimulakan dengan taklimat program NILAM oleh guru bertugas. Seterusnya ucapan dan perasmian oleh Guru Besar. Upacara mengetuk ais pada replika buku NILAM menandakan sempurnanya majlis perasmian. Ini disusuli dengan acara pemberian buku NILAM kepada ketua-ketua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pendidikan Khas. Selepas itu , penyampaian cenderamata anugerah Rakan Pembaca dan diakhiri dengan nyanyian Lagu NILAM secara beramai-ramai oleh semua warga SKRCK.







Pelancaran yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan antara aktiviti untuk memupuk semangat membaca . Selain itu, diadakan juga membaca bersama di kantin pada waktu pagi setiap hari Selasa dan Rabu sebelum p&p sebagai galakan untuk murid-murid rajin membaca. Murid-murid juga digalakkan meminjam buku di Pusat Sumber dan mencatatnya di dalam buku NILAM. Amalan membawa buku ke mana sahaja juga dijadikan budaya di sekolah ini sebagai salah satu cara mendekatkan diri murid-murid pada buku.







OBJEKTIF NILAM ialah menjadikan murid banyak membaca, menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.







CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM ialah murid membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, penerbitan dan sinopsis buku yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM.Manakala guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.Pengiktirafan akan diberikan mengikut bilangan buku yang dibaca oleh murid.